Sunday, August 28, 2011

PD 6209 Penulisan Disertasi

Sila tuliskan komen atau soalan, saya akan respon

9 comments:

حاجه معزة said...

Salam Dr.

Memandangkan sya menggunkan kaedah eksperimen..sya ada beberapa soalan:

1) Bolehkah kajian saya tertumpu pada sebuah sekolah saja?

2) Bolehkan responden saya terdiri dari murid-murid dri 2 buah kelas saja ( satu kelas rawatan & satu kelas lagi kelas kawalan).

3) Jika setiap kelas mempunyai 25 org murid..adakah saya perlu ambil semua bgi tujuan pre & post test -(bgi ujian bacaan alQuraan nnti)?..atau tidak?

4) Jika tidak prelu ambil semua...adakah boleh saya ambil 5org murid dri kump.rwtan & 5org murid dri kump.kawalan saja..?

5) Yg mana satukah level responden (murid) yg baik utk kajian...Adakah yg pandai? sederhana? atau yg lemah(repeaters)..

Dr. Mokhtar Ismail said...

1) Boleh
2) Boleh
3)Kalau 25 murid satu kelas elok ambil semua
4)
5)Elok murid berbagai kebolehan, nanti ada lebih maklumat tentang kesan eksperimen itu ke atas murid berkenaan.

حاجه مععزة said...

Salam Dr.

1) Adakah pencrapan di lakukan sebelum pre test diberikan? Jika ya…berapa kali perlu dilakukan?

2) Adakah ‘ok’ jika sya memberikan pre test 2 mingu sebelum eksperiman di jalankan?

3) Adakah memadai jika eksperimen di lakukan selama 3 minggu iaitu 6 waktu (2 waktu seminggu) ..guru (yg dilantik) ..manakala ujian pasca akan dilakukan selepas itu.

4) Di dalam masa 3 minggu eksperimen itu..maka setiap kali itu jugalah pengkaji datang utk mencerap….betul??

5) Adakah boleh pengkaji membantu guru yg dilantik menjalankan ujian pre&pasca ini?
(memandangkan ujian yg diberikan adalah ujian lisan-bacaan Quran dengan jumlah pelajar yg ramai dan masa yg singkat)

حاجه مععزة said...

Soalan no:3:

3) Adakah memadai jika eksperimen di lakukan selama 3 minggu iaitu 6 waktu (2 waktu seminggu) ...manakala ujian pasca akan dilakukan selepas itu.



Dr. Mokhtar Ismail said...

1) Beri pretest kepada kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan, lepas itu baru buat pencerapan kepada kumpulan eksperimen, kumpulan kawalan tak perlu pencerapan, pakai cara tradisi.

Soalan (2) dan (3) tidak jelas.

Masa ekperimen dijalankan iaitu masa kumpulan eksperimen menerima pencerapan menggunakan 'koswer' bergantung kepada kualiti koswer itu. Saya tak boleh jawab sebab saya tidak tahu kualiti koswer tersebut. Yang eloknya lagi banyak pencerapan lagi baik dalam masa tiga minggu, sebab penyelidik ingin melihat perbezaan min ujian supaya signifikan.

Penyelidik sendiri tidak boleh menjadi pencerap kumpulan eksperimen. Perlu lantik pembantu, supaya tidak timbul 'bias penyelidik'.

Penyelidik boleh membantu menguji murid tetapi di belakang tabir. Biar pembantu yang menjalankannya untuk mengelak daripada bias penyelidik.

nurya said...

Salam dr..soalan saya mengenai penggunaan chi square bagi mengyji tahap min..soalan saya
1) jika kita mnguji min bagi item denganmngunakan ujian chi square, adakah diuji min item ataupun min org?

Dr. Mokhtar Ismail said...

Wlksalam, di dalam Chi-Square, kita tidak menguji perbezaan min antara dua atau lebih kumpulan orang.

Kita uji nisbah antara "expected" dan "observed" values bagi setiap kumpulan "sel" seperti di dalam ouput SPSS.

Cara menyebutnya ialah: Tiada terdapat perbezaan nisbah antara.............apa dengan apa (lihat output SPSS). Maksudnya kalau wujud perbezaan maka nilai alpha adalah kurang daripada 0.05.

Hjh Muizzah said...

Salam Doktor...

Doktor ada menyatakan mengenai threats (ancaman) oleh campbell&stanley(1963).yang perlu sya tambah...di dalam bab 1 yang saya hantar tempoh hari....

Soalan sya...di bahagian mana sya perlu letakan kenyataan tentang ancaman ini..

Tq. Dr.

Hjh Muizzah said...

Salam Doktor.,

Tolong semak kan objektif & soalan kajian yang telah sya murnikan ini....sudah betul atau perlu diperbaiki lagi...


3.1 Mengenalpasti keberkesanan penggunaan strategi Mnemonik Kata Kunci berasaskan multimedia dalam pengajaran ilmu Tajwid. Iaitu dengan melihat perbezaan skor min pencapaian di antara murid yang didedahkan dengan pengajaran yang menggunakan strategi Mnemonik Kata Kunci berasaskan multimedia, dengan murid yang didedahkan dengan pengajaran tradisional bagi tajuk Hukum Nun Mati dan Tanwin.

3.2 Mengenalpasti bagaimanakah hasil keberkesanan strategi Mnemonik Kata Kunci berasaskan multimedia itu diaplikasikan ke atas pengajaran dan pembelajaran guru sebenar di dalam bilik darjah.

3.2 Mengenalpasti sejauhmana strategi Mnemonik Kata Kunci berasaskan multimedia boleh meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap mata pelajaran ilmu Tajwid ini.

4. SOALAN KAJIAN
Secara khususnya kajian ini adalah untuk mengetahui :

4.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min pencapaian di antara murid yang didedahkan dengan pengajaran yang menggunakan strategi Mnemonik Kata Kunci berasaskan multimedia dengan murid yang didedahkan dengan pengajaran tradisional bagi tajuk Hukum Nun Mati dan Tanwin..


4.2 Bagaimanakah hasil keberkesanan strategi Mnemonik Kata Kunci berasaskan multimedia itu diaplikasikan ke atas pengajaran dan pembelajaran guru sebenar di dalam bilik darjah.

4.3 Sejauhmana strategi Mnemonik kata kunci berasaskan multimedia ini dapat memupuk minat dan motivasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu Tajwid ?

TQ Dktr.