Assalammualaikum Dr..saya hjh Aniah Dari dpuli..nak tnya ustaz tentang homework yg ustz nak tu..soalan saya?
1)Adakah yang dr mksudkan tu cara yang paling sesuai untuk membina soalan mengikut peringkat yang sesuai?
2) Adakah cara penilaian murid yang perlu dibincangkan? aspek macam mana yg ustaz mahukan secara specific nya?
2)Atau kami datangkan masalah yang sering terjadi kepada guru-guru untuk membina soalan dan kami perlu membuat penyelesaian apa faktor yang paling sesuai utk setiap masalah?
Ingin bertanya apakah yang DR maksudkn tidak boleh cut&paste?jadi assignment yg dbincangkan dan yg akan dihantar kpd DR tidak perlu kpd rujukan & footnote? Minta maaf kerana kurang faham dengan soalan dan arahan DR.
Ini jawapan saya kepada soalan daripada dua orang pelajar:
Soalan saya ialah: Bincangkan tentang sifat-sifat sebuah ujian bilik darjah yang bermutu.
Tajuk ini kita belum bincang di dalam kelas. Tulis setakat yang awda tahu dengan ayat awda sendiri. Ini yang saya maksudkan dengan 'bukan secara cut & paste'. Tidak perlukan apa-apa foot-note atau rujukan.
Tajuk ini luas skop jawapannya, jadi tulis setakat yang awda tahu. Saya faham yang awda belum belajar tajuk ini. Tulis yang awda fikir terbaik. Oleh itu saya tidak boleh menjawab soalan aspek mana yang perlu ditekankan.
pertanyaan tentang kerja kursus(ujian prestasi), saya kurang faham tentang no.3(F)- cadangan untuk memastikan ujian ini 'bolehpercaya' dan 'sah'. boleh Dr. beri sedikit penjelasan?
assalamualaikum Dr.mokhtar, apakah yang dimaksudkan dengan arahan dr,-Tuliskan senarai rujukan awda menggunakan format seperti senarai rujukan di bawah tajuk‘MAKLUMAT KURSUS’ di atas..? dan tentang Skema atau rubrik pemarkahan ujian.terima kasih Dr.
Saya jawab tentang item 3F: Cadangan untuk memastikan ujian ini "bolehpercaya" dan "sah".
soal bolehpercaya:
Katakanlah ujian yang dibina untuk melihat murid menghayati solatnya. Rubrik penskoran dibina untuk tujuan ini. Untuk memastikan rubrik ini bolehpercaya (reliable) penguji mesti memastikan semasa skor diambil murid yang lebih menghayati solatnya mendapat skor lebih tinggi daripada yang kurang menghayati. Soalnya bagaimana rubrik itu perlu dibina supaya perkara ini boleh diatasi. Atau kalau rubrik sudah dibina baqaimana pengguna rubrik perlu memberi perhatian supaya perkara di atas boleh diatasi.
Soal sah:
contohnya pembina ujian perlu memastikan kalau sebuah ujian itu mengukur penghayatan solat mestilah sebenarnya ianya mengukur penghayatan solat bukan hanya sekadar pengetahuan mengenai solat. Ringkasnya sebuah ujian perlu mengukur konstruk atau perkara yaang ingin diukur.
Arahan 3e: Maksud Skema atau rubrik pemarkahan ujian.
Baca kertas kerja saya awda akan dapat idea. Maksudnya bagaimana cara awda akan memberi skor atau markah ke atas perkara yang dicerap atau diperhati atau yang diuji. Ini bergantung kepada bentuk ujian prestasi awda.
Arahan 6
Adak kekeliruan tentang perkataan 'MAKLUMAT KURSUS'. Yang saya maksudkan ialah sila tulis senarai rujukan mengikut format yang saya tulis di dalam rangka kursus PD 5215 di bawah tajuk 'rujukan'.
Saya terlepas pandang untuk membetulkan arahan nombor 6 di dalam rangka kursus PD 5215. Perkataan 'MAKLUMAT KURSUS' perlu diganti dengan 'Rangka Kursus Semester 2 Sesi 2011/2012'.
Salam Dr. Saya cuba jawab soalan 1 & 2 bagi Latihan Tutorial Menginterpretasi Skor Ujian. Harap dktr boleh betulkan jika ada kesilapan. Terima kadih dktr.
1.1) index kebolehpercayaan 0.769. Nilai Alpha ini sesuai untuk ujian bilik darjah 1.2) 1.3) min keseluruhan ujian 20.94
1.4) varian keseluruhan ujian 29.184
2.1) item paling sukar adalah item 26 kerana 2 orang sahaja yang dapat menjawab dengan betul
2.2) item paling senang adalah item 5 kerana semua (33 orang) yang dapat menjawab dengan betul
2.3) item sedarhana sukar adalah item 1 & item 18 kerana 50% (17 orang) yang dapat menjawab dengan betul bagi kedua-dua item
2.4) Murid paling pandai adalah murid 18 kerana dia dapat menjawab 38/40 soalan dengan betul
2.5) Murid paling pandai boleh menjawab soalan paling sukar
2.6) Murid paling pandai boleh menjawab soalan paling senang
2.7) Murid paling lemah adalah murid 33 kerana dia hanya dapat menjawab 12/40 soalan dengan betul
2.8) Murid paling lemah tidak boleh menjawab soalan paling sukar
2.9) Murid paling lemah boleh menjawab soalan paling senang
Bagi norm-referenced item yang terbaik, sifatnya ialah:
Paras kesukaran (p) adalah sederhana di sekitar 0.5 dan indeks deskriminasi (D) adalah tinggi iaitu menghampiri nilai 1. Biasanya kalau satu item itu p=0.5, automatically D akan tinggi iaitu menghampiri nilai 1. Dari segi praktik nilai D yang amat baik ialah di sekitar 0.7 atau 0.8.
Salam Dr. mohon pencerahan..index deskriminasi yang dimaksudkan dalam output iteman itu adakah biserial ataupun point biserial? dan adakah maksud Dr D.index itu adalah korelasi antara item & total score?
Salam Dr..mengunakan indeks deskriminasi saya dah dapat jawapannya..iteman yg saya install tak mengeluarkan data yg sama dengan kwn-kwn yg lain..data iteman saya missing indeks deskriminasi..dah solve dah problemnya..
Bagaimanakah cara mencari item paling sukar, paling senang dan sedarhana sukar dari data iteman? Adakah dilihat Propotional Correct, Discrimination Index atau Point Biserial?
Indeks deskriminasi di dalam ITEMAN ialah point biserial. Iaitu nilai korelasi antara nilai 0 atau 1 bagi satu item dengan total scorenya. Maksudnya setiap orang perlu ada dua score: 0 atau 1 dengan total score.
Biserial dan point biserial sama saja dari segi dua nilai yang dikorelasi iaitu 0 atau 1 dengan total score. Cuma yang satu ada andaian sebaran normal mendasari angka yang dikorelasi yang satu lagi tiada andaian tersebut.
Untuk mencari item paling senang, sederhana dan sukar lihat angka di bawah "Prop. Correct" di dalam ITEMAN. Kalau angka itu besar bermakna item itu senang dan sebaliknya kalau angka itu kecil.
salam Dr. Apakah yang dimaksudkan pengukuran itu datanya lebih kuantitatif dan penilaian datanya lebih kualititatif? saya tak faham istilah kuantitatif & kualititatif..mohon Dr beri contoh.. terima kasih
Kuantitatif boleh disamakan dengan objektif. Contohnya selalu disebut ujian MCQ atau multiple choice itu objektif. Disebut ujian ini objektif kerana ada satu sahaja jawapan, tiada jawapan lain. Sebaliknya ujian esei dikatakan ujian subjektif. Kerana jawapan kepada ujian esei ada berbagai cara menulisnya, bukan satu seperti MCQ. Perkataan subjektif boleh dikaitkan dengan kualitatif. Kita boleh katakan MCQ berbentuk kuantitatif dari segi pemarkahannya tetapi esei berbentuk kualitatif dari segi pemarkahannya. Sebelum memberi markah kepada ujian esei perlu ada pertimbangan. Elemen pertimbangan itulah yang menjadikan pemarkahannya kualitatif.
Di bilik darjah ada dua jenis ujian yang boleh dijalankan: ujian kertas & pensil dan ujian prestasi. Ujian prestasi maknanya ujian di mana calon menjawab soalan bukan melalui penulisan kertas jawapan tetapi menunjukkan kebolehan mereka kepada penguji atau guru secara terus. Contohnya ujian mengambil wudhu'. Guru menyuruh murid tunjukkan cara mengambil wudhu' di hadapanya dan guru akan memberi markah kepada murid untuk 'ujian' ini. Contoh ujian kertas & pensil ialah ujian esei (mediumnya ialah kertas jawapan, kebolehan dinilai secara tidak terus).
Ujian rujukan kritera (URK) ialah satu konsep berhubung pendekatan membina ujian. Ada dua pendekatan membina ujian: rujukan norma (URN) dan rujukan kriteria (URK). Pendekatan URK mementingkan tahap mutlak kebolehan (atau kriteria) calon, sebaliknya URN mementingkan perbezaan kebolehan antara calon sahaja (bukan mutlak).
Oleh itu satu ujian kertas & pensil mungkin menggunakan pendekatan URN atau URK. Begitu juga satu ujian prestasi mungkin menggunakan pendekatan URN atau URK. Semuanya ini bergantung kepada hasrat atau tujuan pembina ujian.
Tetapi biasanya ujian prestasi lebih mirip kepada pendekatan URK kerana penguji ingin tahu calon boleh atau tidak sebenarnya melakukan satu perkara yang diarahkan, tetapi tidak semestinya selalu begitu pendekatan yang digunakan mungkin juga kadang-kadang pendketan URN.
Teori Ujian Klasik bermula dengan konsep X=T+E, skor yang diberi kepada murid, iaitu skor dapatan (X) ada di dalamnya skor benar (T) dan skor ralat (E). Maksudnya setiap skor dapatan akan wujud elemen skor benar dan skor ralat di dalamnya. Bertolak dari sini, ialah konsep: varian skor dapatan =varian skor benar+varian skor ralat . Perhubungan ini ialah asas kepada formula kebolehpercayaan alpha atau KR20. Lihat nota-nota saya mengenai konsep kebolehpercayaan. Sebenarnya konsep kebolehpercayaan itulah rumusan kepada teori ujian klasik. Kumpulan bawah ialah kumpulan lemah. Kumpulan atas ialah kumpulan pandai. Untuk mencari indeks deskriminasi (D) bagi satu item: nisbah bilangan murid kumpulan pandai yang menjawab betul tolak nisbah bilangan murid kumpulan lemah yang menjawab betul item berkenaan. Bagi item yang baik mengikut pendekatan rujukan norma, nilai D mestilah positif, iaitu di sekitar 0.3 dan ke atas.
assalamualaikum dr. saya ingin mengemukakan beberapa soalan yang saya kurang jelas akannya.. 1- adakah co variance bila dijumlahkan boleh mendapatkan jawapan negatif?kalau ya apa maksudnya?
2-adakah kiraan saya silap bila saya menggunakan cara definisi dan operasi untuk mencari R kemudian jawapan yang diperolehi berbeza antara keduanya..kalau tak silap mengapa ada perbezaan jawapan disana..
assalam Dr.. saya dari pelajar PDG 6201, refer kpada ujian 2 tentang pembinaan MCQ dan jadual spesifikasi. Saya ada dua soalan. soalan pertama, apa maksudnya 1. Pernyataan tentang konstruk yang ingin diukur oleh ujian?
soalan kedua, adakah perlu dinyatakan kebolehan pelajar yang hendak diukur itu? contohnya seperti apa ustaz?
Awda perlu guna kod PD 6201 bukannya PD 5215 untuk bertanya soalan.
Soalan 1)Maksud saya ialah apakah jenis kebolehan yang akan diukur oleh ujian yang awda bina. Contohnya ujian awda mengukur kebolehan mengaplikasi konsep-konsep jual beli Islam di dalam situasi urusan perniagaan harian.
41 comments:
Assalammualiakum ustaz
Assalammualaikum Dr..saya hjh Aniah Dari dpuli..nak tnya ustaz tentang homework yg ustz nak tu..soalan saya?
1)Adakah yang dr mksudkan tu cara yang paling sesuai untuk membina soalan mengikut peringkat yang sesuai?
2) Adakah cara penilaian murid yang perlu dibincangkan? aspek macam mana yg ustaz mahukan secara specific nya?
2)Atau kami datangkan masalah yang sering terjadi kepada guru-guru untuk membina soalan dan kami perlu membuat penyelesaian apa faktor yang paling sesuai utk setiap masalah?
Sekian terima kasih dr
Salam DR yang dihormati
Ingin bertanya apakah yang DR maksudkn tidak boleh cut&paste?jadi assignment yg dbincangkan dan yg akan dihantar kpd DR tidak perlu kpd rujukan & footnote?
Minta maaf kerana kurang faham dengan soalan dan arahan DR.
Sekian.Terima Kasih.
Ini jawapan saya kepada soalan daripada dua orang pelajar:
Soalan saya ialah: Bincangkan tentang sifat-sifat sebuah ujian bilik darjah yang bermutu.
Tajuk ini kita belum bincang di dalam kelas. Tulis setakat yang awda tahu dengan ayat awda sendiri. Ini yang saya maksudkan dengan 'bukan secara cut & paste'. Tidak perlukan apa-apa foot-note atau rujukan.
Tajuk ini luas skop jawapannya, jadi tulis setakat yang awda tahu. Saya faham yang awda belum belajar tajuk ini. Tulis yang awda fikir terbaik. Oleh itu saya tidak boleh menjawab soalan aspek mana yang perlu ditekankan.
Selamat Pagi Dr
Ok Terima kasih atas jawapan yg diberikan.
Assalamualaikum Dr.. Adakah sama Sisihan piawai dengan Sisihan lazim ? Daripada Nur Hafizah Ali Hassan. Terima kasih.
Salam, Sisihan piawai dan sisihan lazim adalah sama.
Assalamualaikum dr.
Berkenaan Latihan Tutorial Kebolehpercayaan Ujian
Soalan 6.
Mengapa jumlah dua varian item tidak sama dengan varian jumlah skor?
Soalan 9.
Apakah hubungan di antara nilai jumlah item 1&2, kovarian item 1&2 dan varian jumlah skor?
Terima kasih dr.
Seperti yang saya sudah bincang di dalam kelas:
Varian jumlah skor = 0.56
Jumalah varian dua item = 0.48
Kovarian dua item = O.08
Oleh itu 0.56=0.48+0.08
itulah hubungannya.
Assalamualaikum Dr. saya pelajar dari DPULI.
pertanyaan tentang kerja kursus(ujian prestasi), saya kurang faham tentang no.3(F)- cadangan untuk memastikan ujian ini 'bolehpercaya' dan 'sah'. boleh Dr. beri sedikit penjelasan?
assalamualaikum Dr.mokhtar, apakah yang dimaksudkan dengan arahan dr,-Tuliskan senarai rujukan awda menggunakan format seperti senarai rujukan di bawah tajuk‘MAKLUMAT KURSUS’ di atas..? dan tentang Skema atau rubrik pemarkahan ujian.terima kasih Dr.
Saya jawab tentang item 3F: Cadangan untuk memastikan ujian ini "bolehpercaya" dan "sah".
soal bolehpercaya:
Katakanlah ujian yang dibina untuk melihat murid menghayati solatnya. Rubrik penskoran dibina untuk tujuan ini. Untuk memastikan rubrik ini bolehpercaya (reliable) penguji mesti memastikan semasa skor diambil murid yang lebih menghayati solatnya mendapat skor lebih tinggi daripada yang kurang menghayati. Soalnya bagaimana rubrik itu perlu dibina supaya perkara ini boleh diatasi. Atau kalau rubrik sudah dibina baqaimana pengguna rubrik perlu memberi perhatian supaya perkara di atas boleh diatasi.
Soal sah:
contohnya pembina ujian perlu memastikan kalau sebuah ujian itu mengukur penghayatan solat mestilah sebenarnya ianya mengukur penghayatan solat bukan hanya sekadar pengetahuan mengenai solat. Ringkasnya sebuah ujian perlu mengukur konstruk atau perkara yaang ingin diukur.
Saya jawab soalan daripada fynz2401
Arahan 3e: Maksud Skema atau rubrik pemarkahan ujian.
Baca kertas kerja saya awda akan dapat idea. Maksudnya bagaimana cara awda akan memberi skor atau markah ke atas perkara yang dicerap atau diperhati atau yang diuji. Ini bergantung kepada bentuk ujian prestasi awda.
Arahan 6
Adak kekeliruan tentang perkataan 'MAKLUMAT KURSUS'. Yang saya maksudkan ialah sila tulis senarai rujukan mengikut format yang saya tulis di dalam rangka kursus PD 5215 di bawah tajuk 'rujukan'.
Saya terlepas pandang untuk membetulkan arahan nombor 6 di dalam rangka kursus PD 5215. Perkataan 'MAKLUMAT KURSUS' perlu diganti dengan 'Rangka Kursus Semester 2 Sesi 2011/2012'.
Salam Dr.
Saya cuba jawab soalan 1 & 2 bagi Latihan Tutorial Menginterpretasi Skor Ujian. Harap dktr boleh betulkan jika ada kesilapan. Terima kadih dktr.
1.1) index kebolehpercayaan 0.769. Nilai Alpha ini sesuai untuk ujian bilik darjah
1.2)
1.3) min keseluruhan ujian 20.94
1.4) varian keseluruhan ujian 29.184
2.1) item paling sukar adalah item 26 kerana 2 orang sahaja yang dapat menjawab dengan betul
2.2) item paling senang adalah item 5 kerana semua (33 orang) yang dapat menjawab dengan betul
2.3) item sedarhana sukar adalah item 1 & item 18 kerana 50% (17 orang) yang dapat menjawab dengan betul bagi kedua-dua item
2.4) Murid paling pandai adalah murid 18 kerana dia dapat menjawab 38/40 soalan dengan betul
2.5) Murid paling pandai boleh menjawab soalan paling sukar
2.6) Murid paling pandai boleh menjawab soalan paling senang
2.7) Murid paling lemah adalah murid 33 kerana dia hanya dapat menjawab 12/40 soalan dengan betul
2.8) Murid paling lemah tidak boleh menjawab soalan paling sukar
2.9) Murid paling lemah boleh menjawab soalan paling senang
Saya akan bincang di dalam kelas tentang soalah tutorial ini apabila saya membincang Model Rasch minggu hadapan.
Assalamualaikum Dr, minta penjelasan Dr lagi sekali bagaimana hendak mengenal pasti norm reference item yang terbaik?
Terima kasih Dr.
Bagi norm-referenced item yang terbaik, sifatnya ialah:
Paras kesukaran (p) adalah sederhana di sekitar 0.5 dan indeks deskriminasi (D) adalah tinggi iaitu menghampiri nilai 1. Biasanya kalau satu item itu p=0.5, automatically D akan tinggi iaitu menghampiri nilai 1. Dari segi praktik nilai D yang amat baik ialah di sekitar 0.7 atau 0.8.
Salam Dr. mohon pencerahan..index deskriminasi yang dimaksudkan dalam output iteman itu adakah biserial ataupun point biserial? dan adakah maksud Dr D.index itu adalah korelasi antara item & total score?
Salam Dr..mengunakan indeks deskriminasi saya dah dapat jawapannya..iteman yg saya install tak mengeluarkan data yg sama dengan kwn-kwn yg lain..data iteman saya missing indeks deskriminasi..dah solve dah problemnya..
* mengenai
Assalamualaikum Dr.
Bagaimanakah cara mencari item paling sukar, paling senang dan sedarhana sukar dari data iteman?
Adakah dilihat Propotional Correct, Discrimination Index atau Point Biserial?
-hjh umi-
Indeks deskriminasi di dalam ITEMAN ialah point biserial. Iaitu nilai korelasi antara nilai 0 atau 1 bagi satu item dengan total scorenya. Maksudnya setiap orang perlu ada dua score: 0 atau 1 dengan total score.
Biserial dan point biserial sama saja dari segi dua nilai yang dikorelasi iaitu 0 atau 1 dengan total score. Cuma yang satu ada andaian sebaran normal mendasari angka yang dikorelasi yang satu lagi tiada andaian tersebut.
Untuk mencari item paling senang, sederhana dan sukar lihat angka di bawah "Prop. Correct" di dalam ITEMAN. Kalau angka itu besar bermakna item itu senang dan sebaliknya kalau angka itu kecil.
Assalamualaikum dr,
Apa maksud 'PENGUBAL' kertas soalan?
-umie-
Maksud pengubal ialah pembina atau pembuat.
salam Dr.
Apakah yang dimaksudkan pengukuran itu datanya lebih kuantitatif dan penilaian datanya lebih kualititatif? saya tak faham istilah kuantitatif & kualititatif..mohon Dr beri contoh.. terima kasih
Salam Dr. apakah yg dimaksudkan dengan data kuantitatif dan kualititatif?
Kuantitatif boleh disamakan dengan objektif. Contohnya selalu disebut ujian MCQ atau multiple choice itu objektif. Disebut ujian ini objektif kerana ada satu sahaja jawapan, tiada jawapan lain.
Sebaliknya ujian esei dikatakan ujian subjektif. Kerana jawapan kepada ujian esei ada berbagai cara menulisnya, bukan satu seperti MCQ. Perkataan subjektif boleh dikaitkan dengan kualitatif.
Kita boleh katakan MCQ berbentuk kuantitatif dari segi pemarkahannya tetapi esei berbentuk kualitatif dari segi pemarkahannya. Sebelum memberi markah kepada ujian esei perlu ada pertimbangan. Elemen pertimbangan itulah yang menjadikan pemarkahannya kualitatif.
assalam Dr..
apakah maksud ujian prestasi? adakah ujian prestasi sama maksudnya dengan ujian rujukan kriteria?
Di bilik darjah ada dua jenis ujian yang boleh dijalankan: ujian kertas & pensil dan ujian prestasi. Ujian prestasi maknanya ujian di mana calon menjawab soalan bukan melalui penulisan kertas jawapan tetapi menunjukkan kebolehan mereka kepada penguji atau guru secara terus. Contohnya ujian mengambil wudhu'. Guru menyuruh murid tunjukkan cara mengambil wudhu' di hadapanya dan guru akan memberi markah kepada murid untuk 'ujian' ini. Contoh ujian kertas & pensil ialah ujian esei (mediumnya ialah kertas jawapan, kebolehan dinilai secara tidak terus).
Ujian rujukan kritera (URK) ialah satu konsep berhubung pendekatan membina ujian. Ada dua pendekatan membina ujian: rujukan norma (URN) dan rujukan kriteria (URK). Pendekatan URK mementingkan tahap mutlak kebolehan (atau kriteria) calon, sebaliknya URN mementingkan perbezaan kebolehan antara calon sahaja (bukan mutlak).
Oleh itu satu ujian kertas & pensil mungkin menggunakan pendekatan URN atau URK. Begitu juga satu ujian prestasi mungkin menggunakan pendekatan URN atau URK. Semuanya ini bergantung kepada hasrat atau tujuan pembina ujian.
Tetapi biasanya ujian prestasi lebih mirip kepada pendekatan URK kerana penguji ingin tahu calon boleh atau tidak sebenarnya melakukan satu perkara yang diarahkan, tetapi tidak semestinya selalu begitu pendekatan yang digunakan mungkin juga kadang-kadang pendketan URN.
Salam.. Doktor boleh terangkan :
(a) Apa dia Teori Ujian Klasik?
(b) Apa perbezaan kumpulan atas dan kumpulan bawah dalam mencari indeks diskriminasi (D)?
Terima Kasih.
Teori Ujian Klasik bermula dengan konsep X=T+E, skor yang diberi kepada murid, iaitu skor dapatan (X) ada di dalamnya skor benar (T) dan skor ralat (E). Maksudnya setiap skor dapatan akan wujud elemen skor benar dan skor ralat di dalamnya.
Bertolak dari sini, ialah konsep: varian skor dapatan =varian skor benar+varian skor ralat . Perhubungan ini ialah asas kepada formula kebolehpercayaan alpha atau KR20. Lihat nota-nota saya mengenai konsep kebolehpercayaan. Sebenarnya konsep kebolehpercayaan itulah rumusan kepada teori ujian klasik.
Kumpulan bawah ialah kumpulan lemah. Kumpulan atas ialah kumpulan pandai. Untuk mencari indeks deskriminasi (D) bagi satu item: nisbah bilangan murid kumpulan pandai yang menjawab betul tolak nisbah bilangan murid kumpulan lemah yang menjawab betul item berkenaan. Bagi item yang baik mengikut pendekatan rujukan norma, nilai D mestilah positif, iaitu di sekitar 0.3 dan ke atas.
Salam Dr.. Jika tak keberatan saya nak data result test pengukuran.. Nak identify weakness saya.. Leh tak Dr email? Teri,a kasih
Sila hantar email address awda untuk saya hantar data tersebut. Saya baru saja siap taip data berkenaan.
assalamualaikum dr.
saya ingin mengemukakan beberapa soalan yang saya kurang jelas akannya..
1- adakah co variance bila dijumlahkan boleh mendapatkan jawapan negatif?kalau ya apa maksudnya?
2-adakah kiraan saya silap bila saya menggunakan cara definisi dan operasi untuk mencari R kemudian jawapan yang diperolehi berbeza antara keduanya..kalau tak silap mengapa ada perbezaan jawapan disana..
Saya ingin tanya adakah kita pelajar IT 6101? Mengapa guna kod PD 5215?
Kovarian boleh jadi positif atau negatif, kerana perhubungan boleh dalam bentuk sehala (positif) atau songsang (negatif).
Cara pengiraan guna formula difinisi atau operasi akan menghasilkan jawapan perlu sama.
ya kerana saya nampak thun 2012 dan klik di sana
assalam Dr.. saya dari pelajar PDG 6201, refer kpada ujian 2 tentang pembinaan MCQ dan jadual spesifikasi. Saya ada dua soalan. soalan pertama, apa maksudnya 1. Pernyataan tentang konstruk yang ingin diukur oleh ujian?
soalan kedua, adakah perlu dinyatakan kebolehan pelajar yang hendak diukur itu? contohnya seperti apa ustaz?
Awda perlu guna kod PD 6201 bukannya PD 5215 untuk bertanya soalan.
Soalan 1)Maksud saya ialah apakah jenis kebolehan yang akan diukur oleh ujian yang awda bina. Contohnya ujian awda mengukur kebolehan mengaplikasi konsep-konsep jual beli Islam di dalam situasi urusan perniagaan harian.
Soalan 2) sudah saya jawab seperti di atas.
Assalamualaikum Dr, saya pelajar 13DL011 nak bertanya mengenai tugasan 5?
S: Adakah "ujian mengisi tempat kosong' sama dengan item jawapan pendek dan pelengkap ? Boleh Dr jelaskan apa yang dimaksudkan?
Terima kasih Dr..
Item isi tempat kosong sama denan item pelengkap tetapi tak sama dengan item jawapan pendek.
Post a Comment