Cuba buat hipotesis banyak kali dengan memasukkan nilai min hipotesis ke dalam one sample t test dan lihat perhubungan di antara 3 jenis min yang saya sebut di dalam soalan.
Tetapi di dalam penyelidikan sebenar hipotesis dibuat hanya sekali.
Salam Dr. Dalam sebuah buku penyelidikan saya ada terbaca jenis-jenis penyelidikan iaitu : 1. Penyelidikan Asas dan 2. Penyelidikan Gunaan. Adakah jenis-jenis penyelidikan ini sama dengan jenis penyelidikan eksperimen dan Non-eksperimen
Ini satu cara lagi membahagi jenis penyelidikan: Penyelidikan asas dan gunaan. Penyelidikan asas ialah bertujuan membina teori atau model, contoh di dalam bidang psikologi, untuk membina teori berhubung Teori Piaget.
Jenis penyelidikan gunaan yang selalu dijalankan oleh penyelidik, menggunakan teori sedia ada sebagai panduan untuk menyelidik. Penyelidikan gunaan ini boleh dibahagi kepada jenis eksperimen dan bukan eksperimen.
doktor saya masih tertanya tanya tentang sifat data apa perbezaan diantara parametrik dengan bukan bukan parametrik. boleh doktor terangkan mengenainya?
maksudnya menamakan sesuatu kumpulan kenyataan atau cerita atau pandangan berdasarkan maklumat yang terkumpul daripada hasil temubual/pemerhatian oleh penyelidik. Pemberian 'nama' itu adalah berdasarkan pandangan/rumusan penyelidik iaitu di dalam bentuk kriteria/corak/tema.
saya masih kabur dengan rekabentuk kajian saya...saya ingin membangunkan sebuah buku dan menilai buku itu daripada aspek2 tertentu oleh pakar-pakar berkaitan...antaranya penerbit, rekabentuk instruksional dan guru cemerlang. kalau dilihat sampel yang dilih sangat kecil tp kesahan dan kebolehpercayaan data boleh diperolehi daripada pakar-pakar tersebut.
saya masih kabur samaada kajian saya dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif...dengan sampel yang kecil bolehkah saya menggunakan rekabentuk kuantitatif??? mohon penjelasan dr DR... sekian....
Saiz sampel tidak menentukan pilihan sama ada kuatitatif atau kualitatif. Saiz yang kecil pun boleh digunakan di dalam pendekatan kuantitatif, tetapi ujian statistik yang lebih sesuai seperti untuk mencari perbezaan min dan lain-lain ialah ujian bukan parametrik, contohnya Mann Whitney, Wilcoxon dan lain-lain.
Induktif dan deduktif ialah pendekatan bagaimana individu melihat 'realiti sosial'. Maksudnya satu event itu 'real' atau tidak bergantung kepada pendekatan individu berkenaan tentang satu perlakuan.
Katakan eventnya 'murid lemah membaca al Quran'
Kalau mengikut pendekatan deduktif perlakuan adalah konsisten, iaitu seperti di dalam sains semula jadi (fizik, kimia dan lain-lain). Kalau ada teori yang sudah wujud boleh diaplikasikan di dalam event di atas, contohnya murid lemah boleh diatasi melalui langkah-langkah tertentu seperti: mempelajari tajwid, mengulangi bacaan sekian kali, mendengar bacaan yang betul sekian kali dan lain-lain.
Sebaliknya mengikut pendekatan induktif, perlakuan yang timbul itu tidak konsistem dan sukar untuk ditelah. Dalam contoh event di atas apa yang perlu dilakukan ialah lihat dahulu bagaimana murid bermasalah tadi membaca, lihat bibirnya bolehkah dia meyebut bunyi huruf mim, pha, dan lain-lain dengan baik, bolehkah dia mengikut atau meniru bacaan orang lain dengan baik. In short, perlu dilihat secara terperinci tentang masalah murid berkenaan membaca barulah dicari cara mengatasinya. Mengikut pendekatan ini tidak ada satu teori umum yang boleh dipakai untuk membaiki bacaan murid berkenaan.
Sebagai penyelidik kita tidak mampu untuk mendapat data daripada setiap responden. Oleh itu timbul konsep persampelan. Penyelidik hanya menganalisis data responden di dalam satu sampel sahaja. Dapatan daripada sampel barulah digeneralisasi kepada seluruh populasi responden.
Konsep persampelan ini diaplikasi dalam pendekatan kuantitatif dan kualitatif, tetapi ciri-cirinya berbeza kerana pendekatan berbeza. Kita akan bincang ciri-ciri sampel di dalam pendekatan kuantitatif apabila kita mula tajuk statistik.
Hipotesis dibuat berdasarkan pandangan infoman/consultant dan pengalaman penyelidik, apakah pandangan dr? adakah cara lain utk menghasilkan hipotesis?
Utk pengetahuan, 'consultant' merupakan istilah baru yang digunakan oleh ahli sarjana barat (german) terhadap istilah infoman disebabkan mereka sebagai pemveri sumber maklumat kpd penyelidik.
Saya tidak begitu faham dengan soalan ini. Hipotesis ialah satu kenyataan atau pandangan penyelidik mengenai sesuatu perkara. Bagaimana penyelidik mendapat idea untuk membuat hipotesis bergantunglah kepada berbagai sumber, satu daripadanya ialah daripada orang lain seperti 'informan', 'consultant' dan lain-lain. Nama atau jenis pemberi sumber tidak begitu penting, yang penting ialah bagaimana penyelidik mencipta hipotesisnya, make sense atau tidak? logical atau tidak?
Saya msh konfius.. bagaimana nk mlihat kedudukn hipotesis itu dtolak atau tidak.. adakh dlihat dripada signifikan 0.05? Misalnya signifikannya adalah -0.02.. dan bagaimana kita ketahui sama ada min sample itu mwakili min populasi..tq
Kalau menggunakan jadual ouput di dalam SPSS, kita lihat kepada Significance Two Tailed, kalau nilainya kurang daripada 0.05 kita menolak hipotesis nol, kalau sebaliknya, kita tidak menolak. Maksudnya kalau kita dapat menolak hipotesis nol, kita lebih mempercayai min yang diperolehi daripada sampel kajian, iaitu kita tidak mempercayai kepada hipotesis yang dibina iaitu berdasarkan min di dalam populasi di mana kita pakai simbol miu. Kalau dengan cara mengira kita membandingkan nilai t yang dikira dengan t di dalam jadual t, mengikut nilai degree of freedom tertentu dan pada aras signifikan tertentu seperti 0.05. Kalau nilai t kiraan lebih daripada nilai t di dalam jadual maka kita tolak hipotesis nol, kalau kurang kita tidak dapat menolak.
41 comments:
As salam Dr.
Saya masih kabur mengenai dengan beberapa rekabentuk parametrik, iaitu 1) independent sample t test
2) dependent/paired sample t test
ISTT ialah untuk sampel yang berbeza (orang yang berbeza) untuk diuji perbezaan min.
PSTT ialah untuk sampel yang sama yang diulang treatment ke atasnya (orang yang sama) dan diuji perbezaan minnya.
Salam Dr.
Soalan bagi 1.4. z-score umur bagi setiap raw score, dikira untuk umur pelajar sahajakah atau untuk semua sekali
assalamualaikum ustaz
adakah frequency itu sama dengan raw score?
z score dikira untuk umur pelajar di dalama sampel.
Raw score ialah jenis score, iaitu sama ada raw atau standard score.
Frequency adalah kekerapan score. Iaitu berapa kali score timbul di dalam sesuatu sebaran kekerapan.
asalamualaikum ustz
berapa peratus yg dgunakan untuk jadual t yg ada di row atas sekali
97.5
Untuk tugasan 2, soalan 4 & 5 menggunakan analyz apa?
Pelajar perlu lihat nota kuliah bagi menjawab soalan 4 dan 5 Tugasan 2 untuk mengetahui ujian statistik yang sesuai digunakan.
assalamualaikum ustaz, saya tidak faham soalan ke 3, dalam tugasan ke 2
Cuba buat hipotesis banyak kali dengan memasukkan nilai min hipotesis ke dalam one sample t test dan lihat perhubungan di antara 3 jenis min yang saya sebut di dalam soalan.
Tetapi di dalam penyelidikan sebenar hipotesis dibuat hanya sekali.
Salam Dr.
Dalam sebuah buku penyelidikan saya ada terbaca jenis-jenis penyelidikan iaitu : 1. Penyelidikan Asas dan 2. Penyelidikan Gunaan.
Adakah jenis-jenis penyelidikan ini sama dengan jenis penyelidikan eksperimen dan Non-eksperimen
Ini satu cara lagi membahagi jenis penyelidikan: Penyelidikan asas dan gunaan. Penyelidikan asas ialah bertujuan membina teori atau model, contoh di dalam bidang psikologi, untuk membina teori berhubung Teori Piaget.
Jenis penyelidikan gunaan yang selalu dijalankan oleh penyelidik, menggunakan teori sedia ada sebagai panduan untuk menyelidik. Penyelidikan gunaan ini boleh dibahagi kepada jenis eksperimen dan bukan eksperimen.
As salam Dr.
tugasan 3 tu boleh bebas tak pemboleh ubah? atau perlu markah sahaja kerana ana takut salah/out jawapan penyelidikan nanti
Ya, nama pemboleh ubah adalah bebas.
doktor saya masih tertanya tanya tentang sifat data apa perbezaan diantara parametrik dengan bukan bukan parametrik. boleh doktor terangkan mengenainya?
Data parametrik menepati andaian iaitu sebaran normal wujud bagi data berkenaan, sebaliknya data bukan parametrik tidak perlu tersebar secara normal.
doktor tugasan it4 sendkan lagi arah email..kami cek nada..thanks
ok
ok
Salam,
Boleh dr. emel contoh data untuk test alpha, seperti contoh dalam kuliah yang dr. lihatkan. Untuk mencuba sendiri dan membiasakan.
Terima Kasih
Ok saya akan hantar ke dalam email.
salam dr.
bila tarikh akhir hantar tugasan?
Pagi Isnin 12 November 2012.
Dr.
Saya masih belum jelas mengenai dengan
KATEGORI/CORAK/TEMA DATA
dalam ethnografi.
Apa maksudnya mengumpulkan data-data yang seiras
maksudnya menamakan sesuatu kumpulan kenyataan atau cerita atau pandangan berdasarkan maklumat yang terkumpul daripada hasil temubual/pemerhatian oleh penyelidik. Pemberian 'nama' itu adalah berdasarkan pandangan/rumusan penyelidik iaitu di dalam bentuk kriteria/corak/tema.
Assalamualaikum..
Dr apa beza eksperimen dgn bukan eksperimen?
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DR MOKHTAR ISMAIL
saya masih kabur dengan rekabentuk kajian saya...saya ingin membangunkan sebuah buku dan menilai buku itu daripada aspek2 tertentu oleh pakar-pakar berkaitan...antaranya penerbit, rekabentuk instruksional dan guru cemerlang.
kalau dilihat sampel yang dilih sangat kecil tp kesahan dan kebolehpercayaan data boleh diperolehi daripada pakar-pakar tersebut.
saya masih kabur samaada kajian saya dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif...dengan sampel yang kecil bolehkah saya menggunakan rekabentuk kuantitatif??? mohon penjelasan dr DR... sekian....
Waalaikumussalam,
Saiz sampel tidak menentukan pilihan sama ada kuatitatif atau kualitatif. Saiz yang kecil pun boleh digunakan di dalam pendekatan kuantitatif, tetapi ujian statistik yang lebih sesuai seperti untuk mencari perbezaan min dan lain-lain ialah ujian bukan parametrik, contohnya Mann Whitney, Wilcoxon dan lain-lain.
Assalammualaikum Dr.
Saya msh keliru dgn induktif dan deduktif...apa perbezaannya?
Induktif dan deduktif ialah pendekatan bagaimana individu melihat 'realiti sosial'. Maksudnya satu event itu 'real' atau tidak bergantung kepada pendekatan individu berkenaan tentang satu perlakuan.
Katakan eventnya 'murid lemah membaca al Quran'
Kalau mengikut pendekatan deduktif perlakuan adalah konsisten, iaitu seperti di dalam sains semula jadi (fizik, kimia dan lain-lain). Kalau ada teori yang sudah wujud boleh diaplikasikan di dalam event di atas, contohnya murid lemah boleh diatasi melalui langkah-langkah tertentu seperti: mempelajari tajwid, mengulangi bacaan sekian kali, mendengar bacaan yang betul sekian kali dan lain-lain.
Sebaliknya mengikut pendekatan induktif, perlakuan yang timbul itu tidak konsistem dan sukar untuk ditelah. Dalam contoh event di atas apa yang perlu dilakukan ialah lihat dahulu bagaimana murid bermasalah tadi membaca, lihat bibirnya bolehkah dia meyebut bunyi huruf mim, pha, dan lain-lain dengan baik, bolehkah dia mengikut atau meniru bacaan orang lain dengan baik. In short, perlu dilihat secara terperinci tentang masalah murid berkenaan membaca barulah dicari cara mengatasinya. Mengikut pendekatan ini tidak ada satu teori umum yang boleh dipakai untuk membaiki bacaan murid berkenaan.
Salam Dr, saya masih kurang faham tentang ciri-ciri atau sifat sample dalam sesuatu penyelidikan. Terima kasih
Sebagai penyelidik kita tidak mampu untuk mendapat data daripada setiap responden. Oleh itu timbul konsep persampelan. Penyelidik hanya menganalisis data responden di dalam satu sampel sahaja. Dapatan daripada sampel barulah digeneralisasi kepada seluruh populasi responden.
Konsep persampelan ini diaplikasi dalam pendekatan kuantitatif dan kualitatif, tetapi ciri-cirinya berbeza kerana pendekatan berbeza. Kita akan bincang ciri-ciri sampel di dalam pendekatan kuantitatif apabila kita mula tajuk statistik.
assalam. dr
Hipotesis dibuat berdasarkan pandangan infoman/consultant dan pengalaman penyelidik, apakah pandangan dr? adakah cara lain utk menghasilkan hipotesis?
Utk pengetahuan, 'consultant' merupakan istilah baru yang digunakan oleh ahli sarjana barat (german) terhadap istilah infoman disebabkan mereka sebagai pemveri sumber maklumat kpd penyelidik.
Saya tidak begitu faham dengan soalan ini. Hipotesis ialah satu kenyataan atau pandangan penyelidik mengenai sesuatu perkara. Bagaimana penyelidik mendapat idea untuk membuat hipotesis bergantunglah kepada berbagai sumber, satu daripadanya ialah daripada orang lain seperti 'informan', 'consultant' dan lain-lain. Nama atau jenis pemberi sumber tidak begitu penting, yang penting ialah bagaimana penyelidik mencipta hipotesisnya, make sense atau tidak? logical atau tidak?
As salam Dr.
Nk btnya.. jika pakai formula definisi.. adakah skor itu ada kekerapan? Jika ada kekerapan, bknkh ianya akan memakai formula pengiraan..
Saya dh jumpa formulanya Dr...
Saya bru phm..
Salam Dr.
Saya msh konfius.. bagaimana nk mlihat kedudukn hipotesis itu dtolak atau tidak.. adakh dlihat dripada signifikan 0.05? Misalnya signifikannya adalah -0.02.. dan bagaimana kita ketahui sama ada min sample itu mwakili min populasi..tq
Kalau menggunakan jadual ouput di dalam SPSS, kita lihat kepada Significance Two Tailed, kalau nilainya kurang daripada 0.05 kita menolak hipotesis nol, kalau sebaliknya, kita tidak menolak. Maksudnya kalau kita dapat menolak hipotesis nol, kita lebih mempercayai min yang diperolehi daripada sampel kajian, iaitu kita tidak mempercayai kepada hipotesis yang dibina iaitu berdasarkan min di dalam populasi di mana kita pakai simbol miu.
Kalau dengan cara mengira kita membandingkan nilai t yang dikira dengan t di dalam jadual t, mengikut nilai degree of freedom tertentu dan pada aras signifikan tertentu seperti 0.05. Kalau nilai t kiraan lebih daripada nilai t di dalam jadual maka kita tolak hipotesis nol, kalau kurang kita tidak dapat menolak.
Assalam Dr. Tolong buka Post comment untuk PD6209 - Disertasi. SPU 2012/2013.
Post a Comment