'not by interval score' maksudnya bukan dengan mengira sekumpulan angka atau 'range of scores'. Contohnya range 1 hingga 10, 11 hingga 20, 21 hingga 30, 31 hingga 40 dan seterusnya. Sebaliknya awda kira sahaja angka itu by itself untuk mengetahui frequencynya seperti yang dibincang di dalam kelas.
Salam ustaz, what do u mean by "examination system at School and Ministry levels in Negara Brunei Darussalam"? is it the way they conduct the examination? and do we need to explain every single type of examination? e.g. 'O' level, 'A' level and so on.
Saya kurang faham bagaimana hendak membuat tutorial 2 soalan 7. adakah perlu disenaraikan soalan-soalan ujian yang diberikan secara keseluruhan atau hanya ringkas dalam jadual spesifikasi?
ITEMAN program lama, mungkin tak boleh run on Windows 7, kalau Windows XP boleh. Cuba cari ITEMAN dalam internet. Kadang-kadang boleh cuba secara percuma.
Saya tiada halangan Ujian ditadbir dua kali, kali yang kedua untuk mengetahui adakah reliability ujian yang baru meningkat. Ujian yang baru maksudnya ujian asal bersama beberapa item baru yang telah diperbaiki berdasarkan maklumat daripada analisis item.
Ayat 'Saya tiada halangan' di atas adalah 'typing error'.
Saya maksudkan sepeti berikut:
Ujian perlu ditadbir dua kali, kali yang kedua untuk mengetahui adakah reliability ujian yang baru meningkat. Ujian yang baru maksudnya ujian asal bersama beberapa item baru yang telah diperbaiki berdasarkan maklumat daripada analisis item.'
Dr, dalam buku crocker ada menunjukkan cara untuk mencari korelasi menggunakan 'table joint response frequency distribution & joint proportion response distribution.'
Soalan saya, 1)bolehkah kaedah ini digunakan untuk mencari korelasi pada masa akan datang memandangkan ia lebih mudah untuk difahami?
2)bolehkah cara ini diaplikasikan pada non-dichotomous item?
Formula asas mencari korelasi ialah seperti yang dibincang di dalam kelas menggunakan covariance dan standard deviation setiap variable pasangan. Apabila diaplikasi terdapat banyak jalan singkat bergantung kepada jenis data. Seperti contoh di dalam buku Crocker apabila dua-dua data jenis dichotomous boleh dicari dengan mudah nilai r berdasarkan formula yang diberi iaitu phi coefficient di muka surat 92 dalam Crocker. Di dalam ITEMAN terdapat korelasi yang di namakan Point Biserial iaitu apabila data satu variable di dalam bentuk dichotomous dan satu lagi di dalam bentuk continuous. Namun semuanya berasaskan konsep yang telah dibincang di dalam kelas.
Dr, dlm tutl 3 Q3, adakah hanya perlu melihat kpd p & d utk menentukan item soalan adalah yg terbaik atau perlu jua di lihat adakah jawapan pengacau semua berfungsi?
Untuk analisis item, tengok dulu indeks diskriminasi D dan nilai p. Biasanya kalau D dan p ok, item itu sendiri ok dari segi stem dan alternativesnya. Kecuali kalau D dan p tidak ok barulah disemak stem dan alternativesnya.
Dr. saya ada sedikit kekeliruan. jika menggunakan iteman 4.2,output datanya berbeza dengan output jika menggunakan iteman versi yang Dr. hantar dalam emel. dalam iteman 4.2, ia ada menyatakan dalam manual bahawa point biserial correlation itulah dikatakan indeks diskriminasi. Sebelumnya Dr. ada menyatakan bahawa point biserial adalah korelasi dalam item bagi data dichotomous.
Apa yang saya katakan ialah Point Biserial ialah korelasi antara data dichotomous dengan continuous. Kalau dichotomous dengan dichotomous korelasinya ialah Phi Coefficient.
Jadi nilai korelasi itulah sebenarnya nilai indeks diskriminasi, di dalam Iteman yang saya beri dan di dalam iteman yang baru. Iaitu korelasi di antara item score (dicohotomous) dan total score (continusous).
Namun point biserial ada dua jenis: satu jenis di mana underlying population diandai normal, yang satu lagi tidak diandaikan normal. Mungkin ini yang menyebabkan perbezaan nilai yang didapati dalam Iteman baru dan lama.
Jadi untuk mentadbir ujian kedua, item tersebut perlu ditukar cara penyoalannya sahaja atau konsepnya juga perlu ditukar walaupun kebolehpercayaan ujian yang pertama tinggi iaitu 0.48?
Dr, mengenai dengan project,sekiranya semasa mengagihkan ujian yang pertama,examinee seramai 33,kemudian semasa ujian yang sama diagihkan buat kali kedua,examinee hanya 25 orang,bagaimana keadaan ini?
Salam ustaz, untuk tutorial 7, do we have to write something yang berkait dengan pengukuran dan penilaian. I mean, must be something yang berkait dengan apa yang ustaz ajarkan or can be anything else yang berkaitan dengan penyeliaan. Apa yang perlu dijelaskan dalam tulisan tu?
Mengenai Tutorial 7, awda fikirkan satu senario yang awda berminat untuk menyelidik. Skop umumnya mestilah berhubung isu penyeliaan, tetapi senario yang berkait dengan penyeliaan itu luas. Yang pentingnya awda mempunyai idea tentang satu 'area' yang awda berminat untuk menyelidik. Yang saya ingin lihat idea awal awda untuk memulakan satu penyelidikan. Tidak kira sama ada yang berkait dengan kuliah saya atau pun tidak tetapi relevan dengan isu penyeliaan.
Di samping itu tolong beri tahu rakan-rakan yang saya akan memberi sekali lagi ujian 'True-False' yang sama pada hari Isnin depan jam 8.00 pagi, tetapi kali ini close book. Saya akan gunakan skor yang baru ini untuk direkodkan. Tolong bincang dengan rakan-rakan konsep-konsep pengukuran pendidikan yang masih kabur.
Konsep-konsep penting yang berkaitan ialah seperti sedikit penerangan tentang teori klasik, teori IRT atau konsep-konsep lain yang relevan, tetapi tidak perlu panjang.
Kalau p=1 dan D=0, bagi pendekatan norm referenced item ini tidak baik, tetapi bagi pendekatan criterion referenced item ini mungkin baik. Untuk projek, gunakan pendekatan norm referenced.
Baca di dalam buku saya makna norm referenced dan criterion referenced test. Saya sudah bincang di dalam kelas. Kalau tak faham tanya lagi di dalam kelas bila saya masuk kelas.
Dr 1.jika reliability ujian kedua tidak ada peningkatan dan hanya turun sedikit sahaja contoh reliability ujian pertama ialah 0.66 manakala reliability ujian kedua ialah 0.63,perlukah ditadbir ujian tersebut buat kali ketiga?
2.jika dlm ujian itu hnya ada satu item yg mmpunyai p 1 dan d 0,adakah ia mnjadi 1 masalah dan perlu ditadbir lagi untuk kali ketiga?
56 comments:
As salam Dr.
Soalan 1:
Untuk tutorial 2 soalan 1,3 dan 4 perlu submit working atau jawapan sahaja?
Perlu tunjuk working.
Dr.
Adakah p & pq boleh digunakan pada non dichotomous variable atau tidak?
Apakah maksud tutorial 2,soalan 1 dengan 'not by interval score' ?
p dan q digunakan hanya untuk dichotomous item sahaja untuk mengira item mean dan item variance.
'not by interval score' maksudnya bukan dengan mengira sekumpulan angka atau 'range of scores'. Contohnya range 1 hingga 10, 11 hingga 20, 21 hingga 30, 31 hingga 40 dan seterusnya. Sebaliknya awda kira sahaja angka itu by itself untuk mengetahui frequencynya seperti yang dibincang di dalam kelas.
Salam ustaz, what do u mean by "examination system at School and Ministry levels in Negara Brunei Darussalam"? is it the way they conduct the examination? and do we need to explain every single type of examination? e.g. 'O' level, 'A' level and so on.
Soalan: Explain briefly about examination system at School and Ministry levels in Negara Brunei Darussalam (about one page, double spacing).
Jawab secara ringkas sahaja tentang peperiksaan di sekolah dan di Ministry. Only one page double spacing.
Salam Dr.
Saya kurang faham bagaimana hendak membuat tutorial 2 soalan 7. adakah perlu disenaraikan soalan-soalan ujian yang diberikan secara keseluruhan atau hanya ringkas dalam jadual spesifikasi?
Buat Jadual Spesifikasi sahaja.
Jadi aras kemahiran seperti yang dikemukakan dalam taksonomi bloom tidak perlu dibuat semua? boleh dipilih berdasarkan jenis soalan yang dibina?
Iteman tidak dapat run dalam laptop saya Dr. dia tak support
Sel-sel di dalam jadual spesifikasi tidak perlu diisi semuanya, perlu sesuai dengan ujian yaang dibina.
ITEMAN program lama, mungkin tak boleh run on Windows 7, kalau Windows XP boleh. Cuba cari ITEMAN dalam internet. Kadang-kadang boleh cuba secara percuma.
Dr, di mana mendapatkan arnidata?
Arnidata saya sudah hanyar dalam email.
Dr. mengenai dengan kerja kursus(tugasan),adakah perlu kita distribute ujian yang kita bina itu dua kali atau sekali sahaja?
1) Dalam tutorial 3, soalan 1,apa yang dimaksudkan dengan ONE? adakah bermaksud SATU item sahaja atau satu ujian yang memerlukan banyak item?
2) Jika maksud soalan 1(tutorial 3) itu adalah membina satu ujian, bolehkah ujian yang sama itu digunakan untuk kerja kursus(tugasan)?
Saya tiada halangan
Ujian ditadbir dua kali, kali yang kedua untuk mengetahui adakah reliability ujian yang baru meningkat. Ujian yang baru maksudnya ujian asal bersama beberapa item baru yang telah diperbaiki berdasarkan maklumat daripada analisis item.
Ayat 'Saya tiada halangan' di atas adalah 'typing error'.
Saya maksudkan sepeti berikut:
Ujian perlu ditadbir dua kali, kali yang kedua untuk mengetahui adakah reliability ujian yang baru meningkat. Ujian yang baru maksudnya ujian asal bersama beberapa item baru yang telah diperbaiki berdasarkan maklumat daripada analisis item.'
'ONE' itu maksudnya 'satu item' sahaja.
Dr, dalam buku crocker ada menunjukkan cara untuk mencari korelasi menggunakan 'table joint response frequency distribution & joint proportion response distribution.'
Soalan saya,
1)bolehkah kaedah ini digunakan untuk mencari korelasi pada masa akan datang memandangkan ia lebih mudah untuk difahami?
2)bolehkah cara ini diaplikasikan pada non-dichotomous item?
Formula asas mencari korelasi ialah seperti yang dibincang di dalam kelas menggunakan covariance dan standard deviation setiap variable pasangan. Apabila diaplikasi terdapat banyak jalan singkat bergantung kepada jenis data. Seperti contoh di dalam buku Crocker apabila dua-dua data jenis dichotomous boleh dicari dengan mudah nilai r berdasarkan formula yang diberi iaitu phi coefficient di muka surat 92 dalam Crocker. Di dalam ITEMAN terdapat korelasi yang di namakan Point Biserial iaitu apabila data satu variable di dalam bentuk dichotomous dan satu lagi di dalam bentuk continuous. Namun semuanya berasaskan konsep yang telah dibincang di dalam kelas.
phi coefficient tidak boleh digunakan kepada non-dichotomous data, kecuali kalau data itu ditukar kepada bentuk dichotomous untuk tujuan tertentu.
Dr, dlm tutl 3 Q3, adakah hanya perlu melihat kpd p & d utk menentukan item soalan adalah yg terbaik atau perlu jua di lihat adakah jawapan pengacau semua berfungsi?
http://stattrek.com/AP-Statistics-3/Random-Variable-Attributes.aspx?Tutorial=stat
terjumpa satu tutorial untuk cari variance khusus bagi random variable.
Dr soalan saya adakah tutorial dalam webside ini boleh diikut?
Untuk analisis item, tengok dulu indeks diskriminasi D dan nilai p. Biasanya kalau D dan p ok, item itu sendiri ok dari segi stem dan alternativesnya. Kecuali kalau D dan p tidak ok barulah disemak stem dan alternativesnya.
Setakat yang saya dah jumpa tutorial dalam internet tentang educational measurement bagus belaka. Cuba cari yang senang cara penyampaiannya.
Dr. saya ada sedikit kekeliruan.
jika menggunakan iteman 4.2,output datanya berbeza dengan output jika menggunakan iteman versi yang Dr. hantar dalam emel. dalam iteman 4.2, ia ada menyatakan dalam manual bahawa point biserial correlation itulah dikatakan indeks diskriminasi. Sebelumnya Dr. ada menyatakan bahawa point biserial adalah korelasi dalam item bagi data dichotomous.
Apa yang saya katakan ialah Point Biserial ialah korelasi antara data dichotomous dengan continuous. Kalau dichotomous dengan dichotomous korelasinya ialah Phi Coefficient.
Jadi nilai korelasi itulah sebenarnya nilai indeks diskriminasi, di dalam Iteman yang saya beri dan di dalam iteman yang baru. Iaitu korelasi di antara item score (dicohotomous) dan total score (continusous).
Namun point biserial ada dua jenis: satu jenis di mana underlying population diandai normal, yang satu lagi tidak diandaikan normal. Mungkin ini yang menyebabkan perbezaan nilai yang didapati dalam Iteman baru dan lama.
Dr. Jika indeks diskriminasi dan aras kesukaran satu item itu sama nilainya iaitu p=0.00 dan D=0.00. Apakah maksud item tersebut?
Maksudnya dari pendekatan norm referenced, item ini tidak berguna langsung.
Jadi untuk mentadbir ujian kedua, item tersebut perlu ditukar cara penyoalannya sahaja atau konsepnya juga perlu ditukar walaupun kebolehpercayaan ujian yang pertama tinggi iaitu 0.48?
0.48 tidak tinggi. Ujian bilik darjah sepatutnya di sekitar paling kurang 0.75 atau 0.8.
Setelah beberapa item lemah dibaiki, ditadbir sekali lagi ujian yang sama kepada murid yang sama.
Dr. jika kebolehpercayaan ujian yang telah di distribute buat kali pertama tinggi, iaitu 0.81,perlu bina ujian buat kali kedua?
Kalau ada satu dua item yang tidak baik, ujian ini perlu dijalankan lagi sekali setelah satu dua item itu diperbaiki.
Kalau tiada item yang tidak baik, tak payahlah.
Dr, mengenai dengan project,sekiranya semasa mengagihkan ujian yang pertama,examinee seramai 33,kemudian semasa ujian yang sama diagihkan buat kali kedua,examinee hanya 25 orang,bagaimana keadaan ini?
Examinee bagi project saya adalah 33 orang,tetapi bila saya run dengan iteman,no of examinee menjadi 34 orang.
Salam ustaz, untuk tutorial 7, do we have to write something yang berkait dengan pengukuran dan penilaian. I mean, must be something yang berkait dengan apa yang ustaz ajarkan or can be anything else yang berkaitan dengan penyeliaan. Apa yang perlu dijelaskan dalam tulisan tu?
Kalau murid kurang daripada 33 jadi 25 masih ok. Boleh diteruskan dengan 25 orang yang tinggal.
Mengenai Tutorial 7, awda fikirkan satu senario yang awda berminat untuk menyelidik. Skop umumnya mestilah berhubung isu penyeliaan, tetapi senario yang berkait dengan penyeliaan itu luas. Yang pentingnya awda mempunyai idea tentang satu 'area' yang awda berminat untuk menyelidik. Yang saya ingin lihat idea awal awda untuk memulakan satu penyelidikan. Tidak kira sama ada yang berkait dengan kuliah saya atau pun tidak tetapi relevan dengan isu penyeliaan.
Di samping itu tolong beri tahu rakan-rakan yang saya akan memberi sekali lagi ujian 'True-False' yang sama pada hari Isnin depan jam 8.00 pagi, tetapi kali ini close book. Saya akan gunakan skor yang baru ini untuk direkodkan. Tolong bincang dengan rakan-rakan konsep-konsep pengukuran pendidikan yang masih kabur.
Dr mengenai dengan project,apa yang dimaksudkan dengan konsep-konsep yang berkaitan?
Dr...adakh test yg akn diadakan pd hari isnin itu, sama dgn test yg lalu? i mean dari segi soalanya.
Konsep-konsep penting yang berkaitan ialah seperti sedikit penerangan tentang teori klasik, teori IRT atau konsep-konsep lain yang relevan, tetapi tidak perlu panjang.
Ujian yang akan diberi pada hari Isnin ialah ujian yang sama dengan ujian yang lalu, oleh itu semua sepatutnya mendapat 100%.
Dr,jika item mempunyai p=1 dan D=0 adakah item ini dikategorikan item yang baik atau sebaliknya?
Kalau p=1 dan D=0, bagi pendekatan norm referenced item ini tidak baik, tetapi bagi pendekatan criterion referenced item ini mungkin baik. Untuk projek, gunakan pendekatan norm referenced.
apa yg dmaksudkn dgn criterion&norm reference ?
Baca di dalam buku saya makna norm referenced dan criterion referenced test. Saya sudah bincang di dalam kelas. Kalau tak faham tanya lagi di dalam kelas bila saya masuk kelas.
Dr
1.jika reliability ujian kedua tidak ada peningkatan dan hanya turun sedikit sahaja contoh reliability ujian pertama ialah 0.66 manakala reliability ujian kedua ialah 0.63,perlukah ditadbir ujian tersebut buat kali ketiga?
2.jika dlm ujian itu hnya ada satu item yg mmpunyai p 1 dan d 0,adakah ia mnjadi 1 masalah dan perlu ditadbir lagi untuk kali ketiga?
Tak perlu tadbir sampai 3 kali. Dua kali cukuplah. Kalau reliability tidak naik, malah turun. Laporkanlah apa yang berlaku sampai alpha turun.

Dr, bila submit laporan? Sebelum dr menunaikan haji atau pada minggu 14 iaitu awal bulan november?
Serah tugasan pada minggu ke 14 kepada Ustazah Hajah Zanah Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan.
dr assalamualaikum...macamana cara membaca output rasch model & iteman? kenapa item saya di dalam output rasch model ada 3 item saja..
Besuk saya tunjukkan caranya di dalam kelas PD 6201. Jangan lupa bawa software ITEMAN ke kelas.
Post a Comment